Bidang kaunseling yang berkembang dengan hebat di negara Amerika telah dibawa ke negara lain dengan pelbagai adaptasi kepada keperluan dan budaya tempatan. Sejarah ilmu kaunseling di setiap negara di Asia Tenggara yang berbeza, menyebabkan perkhidmatan kaunseling dan polisi berkaitan juga berbeza. Dengan itu sebagai contoh, wajah profesion dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia sedikit berbeza dari di Indonesia, yang juga berbeza dengan Brunei, dan seterusnya.

Pengamal kaunseling dari ketiga-tiga negara ini seharusnya berkerjasama untuk meningkat kefahaman antara mereka dan peluang untuk belajar antara satu dengan yang lain bagi memperkembang ilmu kaunseling dan memperbaiki polisi berkaitan perkhidmatan dan profesion kaunseling.

Malaysia, melalui Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA International) dan Indonesia, melalui Asosiasi Bimbingan dan Kaunseling Indonesia (ABKIN) telah berkoloborasi sejak beberapa tahun lepas, melalui Seminar Malindo. Tahun ini merupakan Malindo kali ke 5, dan buat pertama kalinya Malindo akan diadakan di Malaysia. Pada tahun ini penyertaan dari negara Brunei akan cuba diperolehi.

Pada tahun ini, Seminar Antarabangsa MALINDO Kali Ke-5 (MALINDO5) bakal dianjurkan oleh Persatuan Kaunseling Anatarbangsa Malaysia (PERKAMA International), Asosiasi Bimbingan dan Kaunseling Indonesia (ABKIN) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGK PI). Tema Kaunseling Merentas Sempadan dan Budaya dipilih dengan harapan perspektif sesuatu negara dan pelbagai kelompok budaya diberi kupasan khusus melalui sesi plenari, pembentangan kertas kerja dan sesi talking circle.

 

MATLAMAT SEMINAR

  • Untuk mengumpul maklumat tentang status profesion kaunseling dan perkembangan perkhidmatan kaunseling di negara Malaysia, Indonesia dan Brunei.
  • Untuk berkongsi hasil dapatan terkini dari penyelidikan yang dijalankan dalam usaha meningkat dan mengembangkan keperluan profesion kaunseling terhadap pembangunan masyarakat.
  • Untuk memberi peluang kepada peserta seminar menjalin hubungan professional dan juga peribadi ke arah perkembangan diri dan profesion kaunseling.

 

KUMPULAN SASARAN

Seramai 250 orang peserta (dari Malaysia, Indonesia dan Brunei) termasuk pembentang bakal menghadiri seminar ini yang terdiri daripada kumpulan sasaran seperti berikut:

      • Kaunselor dan professional membantu seperti guru bimbingan dan kaunseling, pegawai psikologi, pegawai pemulihan, pegawai agama, dan pegawai khidmat sosial.
      • Pendidik kaunselor dan penyelidik dalam profesion dan perkhidmatan kaunseling.
      • Pelajar dalam bidang kaunseling di institusi pengajian tinggi.
      • Pembuat dasar berkaitan dengan profesion dan perkhidmatan kaunseling.
      • Pemimpin masyarakat dan majikan.